Make your own free website on Tripod.com
Teater Puteri Li Po
Senarai Pelakon dan Krew Produksi
Tenaga Pembimbing
Jawatankuasa Pementasan "Puteri Li Po"
Latihan Lakonan dan Aktiviti-Aktiviti
Picture Gallery
Biodata Pelakon dan Krew Produksi
Penghargaan
New Page Title

Sinopsis Puteri Li Po
 
Kisah ternukil kala dahulu,
Puteri Hang Li Po hatinya sayu,
Kasih tersangkut jejaka nan satu,
Jebat pahlawan baiknya laku.
 
Teater "Puteri Li Po" karya Prof. Datin Dr. Rahmah Bujang mengisahkan seorang puteri cina iaitu Puteri Li Po yang menghadapi cubaan dan dugaan untuk menyesuaikan dirinya dengan cara hidup di Melaka lantaran berkahwin sebagai isteri keempat kepada Sultan Mansur Syah. Puteri Li Po berasa amat sedih kerana dimadukan apatah lagi berjauhan dengan ayah bondanya. Atas dasar mengagumi ketabahan Puteri Li Po yang dapat menyesuaikan diri di sebuah negeri yang asing dari segi bahasa dan budayanya, Sultan Mansur Syah berkenan untuk memberikan penganugerahan gelaran kehormat "Hang" kepada Puteri Li Po. Semasa majlis penganugerahan tersebut, Puteri Hang Li Po menyampaikan salam hormat ayahandanya kepada Sultan Mansur Syah dan memohon agar Sultan Mansur Syah juga mengirim sembah untuk ayahandanya melalui Hang Di Po, pahlawan cina. Sultan Mansur Syah agak keberatan untuk mengirim sembah salam kerana takut Raja Cina akan terkena tulah. Walaubagaimanapun, oleh sebab Puteri Hang Li Po beria-ia benar,  maka Sultan Mansur Syah pun berkirim sembah. Dalam pada itu, Puteri Hang Li Po sebenarnya menaruh hati pada Hang Jebat, Laksamana Melaka. Beliau telah meminta Dang Wangi memanggil Hang Jebat ke istana untuk bertemu dan meluahkanisi hatinya. Setelah bertemu, Puteri Hang Li Po pun meluahkan isi hatinya. Tetapi Puteri Hang Li Po hanya bertepuk sebelah tangan kerana Hang Jebat menolak cintanya dengan baik. Perkara tersebut telah memalukan Puteri Hang Li Po. Puteri Hang Li Po amat murka dengan Dang Wangi kerana Dang Wangi tidak memberitahunya bahawa Dang Wangi adalah kekasih Hang Jebat. Puteri Hang Li Po telah menghantar Dang Wangi sebagai persembahan(dayang) kepada Permaisuri Nur Pualam. Dengan cara ini diharapkan Hang Jebat tidak lagi ke istananya. Setelah kejadian itu, Puteri Hang Li Po insaf dan telah belajar untuk mengasihi Sultan Mansur Syah dengan keikhlasan hati.
 
Li Po, Sultan, Jebat, Dang Wangi,
Suratan cinta zaman bahari,
Bersama-samalah kita teladani,
Semoga tidak berulang lagi.

Enter main content here

Enter secondary content here

Enter supporting content here